Monday, March 9, 2009

Kemelut ppsmi

Bismillah,

InsyaAllah, jika bahasa inggeris ini diagungkan alamat hancurlah bahasa melayu. Bila bahasa melayu ini sudah hancur apa akan jadi dengan budaya melayu? Adakah budaya melayu ini di "go to hellkan"?

Orang melayu dengan budaya melayu yang tempang, bolehkah digelar orang melayu? Jadi macam eurasian ; orang eropah bukan orang asia pun bukan. Satu komuniti dipinggiran.

Dulu saya memang sokong akan ppsmi ini. Ini disebabkan bila saya baca buku latihan sains yang didalam bahasa melayu agak mengelirukan.

Contoh; ayat "benda boleh ubah". Boleh diterjemahkan sebagai thing can change. Tapi yang dimaksudkan sebenarnya ialah variable. Tengok betapa mengelirukan.

Jalan keluar dari kemelut ini adalah suatu sistem yang unggul digunakan. Tapi siapa yang boleh mengeluarkan sistem unggul ini? Suatu sistem yang brilliant?

No comments: